Thursday, October 22, 2009

APABILA SEJADAH PUN SOLAT...KITA ?







Salam..semenjak dua menjak ni kita dengar dan dah lihat pun di tv, sejadah pun menunaikan solat..dulu sejadah solat sendiri-sendiri..la ni dah solat berjemaah pun..


Apa agaknya iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini..Sepatutnya sebagai orang Islam yang mengaku beriman kita harus sedar dan insaf dengan perkara ini..sedar dan insaf bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan jika Allah SWT menghendaki sesuatu Allah boleh melakukannya.



Kita juga mesti sedar dan insaf akan kewajipan menunaikan solat..dan sebaik-baiknya (priority) bagi orang lelaki menunaikannya secara berjemaah..Kalau kita sentiasa lalai dalam menunaikan solat berjemaah..dan sejadah dimasjid surau tidak digunakan sebagai tempat suju..maka sejadah pulak yang solat..

Sering kita tertanya-tanya...kenapa sewaktu Ramadhan yang lalu penuh masjid dan surau diwaktu malam dengan jemaahnya menunaikan solat Isya' dan sunat terawih..kadang-kadang sampai tak muat Surau dan masjid..melimpah sampai keluar..adakah ini adat atau ibadat..Selepas Syawal kembali seperti asal..kosong dan lapang..Sedarlah kita Umat Islam..Tunaikan Solat berjemaah..Pertolongan Allah bersama-sama Jemaah..SAMA-SAMALAH BERINGAT..

No comments:

Post a Comment