Friday, April 1, 2011

TIGA GOLONGAN MANUSIA DALAM BERINFAQ

Amalan menginfaqkan harta bagi jalan Allah merupakan satu amalan yang amat terpuji di sisi Allah SWT. Sesungguhnya para sahabat R.A sangat bersemangat untuk menginfaqkan harta mereka sebanyak-banyaknya. Di antaranya Abu Bakar As-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain. Abu Bakar As-Siddiq contohnya menginfaqkan semua hartanya, kerja keras dan waktunya demi kejayaan Islam. Persoalannya mampukah kita melakukan seperti para Sahabat R.A. tadi.

Seandainya kita tidak mampu melaksanakan seperti para sahabat, mungkin kita boleh keluarkan untuk infaq ini sedikit dari harta kita, yang pentingnya ada harta kita itu kita sumbangkan untuk kebaikan orang lain, untuk agama Allah dan lain-lain kebaikan. Yang pentingnya semua infaq itu liLLah.

Ada tiga golongan Manusia dalam Berinfaq :

      1- Orang yang berinfaq kerana riyak ( ingin dilihat dan menunjuk kepada orang) dan sum'ah ( ingin didengar bahawa ia seorang dermawan ), maka diakhirat kelak dia tidak akan mendapat pahala dan keuntungan, bahkan dia termasuk orang yang pertama dimasukkan kedalam neraka ..Nauzubillah..

      2- Orang berinfaq kerana malu, maka dia akan memperolehi ganjaran dan pahala ..sikap ini menjadi kebiasaan kebanyakan orang 

      3- Orang yang berinfaq kerana sebuah misi, kerana niat dan keikhlasan, maka golongan ini adalah golongan yang akan memperolehi pahala dan yang betul-betul menjadi hamba Allah.

Jangan lupa dalam rezeki yang Allah SWT anugerahkan kepada kita ada sebahagiannya yang perlu kita infaqkan ..Insha Allah.. SAMA-SAMA KITA BERINFAQ

Thursday, March 31, 2011

SAMA-SAMA BERDOA

Sabda Nabi Muhammad SAW: Doa adalah otak ibadah "
Fahamnya kita di sini, kita disuruh oleh Nabi Muhammad SAW untuk sentiasa berdoa kepada Allah bagi memohon segala sesuatu.
Anjuran untuk berdoa ini sayugia dilakukan jangan hanya diwaktu kita susah dan amat berhajat semata. Sewaktu senang juga kita mesti berdoa barulah doa semasa susah akan didengari oleh Allah SWT. Yang menjadi masalahnya ialah kita hanya berdoa bila kita susah. Bila senang kita lupkan Allah, lakukan maksiat, enjoy sepuas-puasnya, menderhakai Allah. Bila dirundung susah dan masalah baru nak kenal sejadah. Itulah yang sering kita tonton dalam drama melayu. Bagaimnana doa nak jadi satu yang berfaedah.Bila diri dilanda masalah tambahkan dan banyakkanlah doa lebih dari biasa. Mudah-mudahan berkat.
   Anak-anak yang akan menduduki exam..apa jua exam..lebih-lebih lagi kena banyak berdoa..minta kepada Allah SWT permudahkan kita mengingat dan menjawab segala soalan yang akan ditanyakan...SEMOGA BERJAYA..

   Antara Manfaat Doa ialah :
         1- Melambangkan ketauhidan kita kepada ALlah SWT
         2- Meningkatkan keikhlasan dan kejujuran dalam Ibadat.
         3- Memperlihatkan kecintaan kepada Allah
         4- Mendekatkan diri seorang hamba dengan Allah SWT
         5- Melambangkan keyakinan dan kepercayaan terhadap janji-janji Allah SWT
         6- Menghindarkan diri dari hasutan syaitan.