Thursday, October 22, 2009

'DAJJAL-RASUL MELAYU' DIHUKUM
















Semalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah menjatuhkan hukuman kepada Dajjal 'Rasul Melayu' (Abdul Kahar Ahmad) penjara 10 tahun, enam sebatan dan denda RM16,500. Hukuman ini tidak seberat mana, jika dibandingkan dengan dosa yang telah dilakukan..Kalau mengikut Hukum Islam sudah tentu tipis harapan hidup bagi 'Rasul' ini kalau tidak mahu bertaubat. Berdasarkan hadis nabi pernah disebutkan bahawa mereka yang mangaku Rasul ini termasuk dalam golongan Dajjal sebelum datangnya Dajjal pada hari kiamat nanti.

Inilah manusia yang rasa dirinya hebat dan mengaku Rasul kononnya dipilih oleh Tuhan untuk menjadi Rasul kepada orang Melayu. Yang peliknya ada juga orang-orang Melayu yang terpedaya dan tertipu dengan dakyah "Rasul Melayu' ni ..pelik-pelik. Takkanlah tak ada ilmu langsung kot mengenai beriman kepada Rasul..mungkin tak pernah mengaji..atau tak minat nak menuntut ilmu dan merasa dirinya dah cukup ilmu..Inilah penyakit rakyat Melayu kita hari ni..dah le malas membaca, mengaji penyegan..dah bila nak dapat ilmu yang boleh memimpin amalan kita..

Kita berdoa moga-moga mereka yang telah terpengaruh dengan 'Rasul Melayu' ini, hatta 'Rasul Melayu' itu pun perlu bertaubat.. Kembali kepangkal jalan pulihkan aqidah..tuntutlah ilmu..amalkan ajaran agama..mudah-mudahan tidak tersesat lagi..

Sebagai umat Islam yang sebaik umat..fahamilah Islam, amalkan Islam, hati-hati dengan ajaran -ajaran yang dirasakan pelik dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi. Jika kita tidak mengetahui, bertanyalahj kepada yang mengetahui.Moga kita SAMA-SAMA BERINGAT.

No comments:

Post a Comment