Wednesday, December 9, 2009

BELAJAR BERENANG?..NANTI LEMAS DALAM PELUH



Salam..Suasana pada hari Qiamat bersangatan panasnya. Semua manusia yang dibangkitkan dari kubur akan dihimpunkan di padang Mahsyar ALLAH SWT bagi menunggu hari perbicaraan dan akan diperhitungkan segala amalan semasa di dunia.


Keadaan manusia pada masa itu berbeza mengikut amalan masing-masing.Ada yang berpeluh sampai ketumitnya, ada yang berpeluh sapai ke lutut, ke pinggang bahkan ada yang sampai ke telinganya dan seolah-olah berenang ia di dalam lautan peluhnya itu.


Dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim : Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Seluruh manusia akan berdiri dihadapan Tuhan Pencipta Alam ini (pada hari Qiamat nanti) sehinggakan ada salah seorang di antara mereka yang akan tenggelam didalam peluhnya sendiri sampai kepertengahan telinganya."

Mudah-mudahan hadis ini memberikan pengajaran kepada kita supaya sentiasa mempertingkatkan dan membanyakkan amalan kita semasa di dunia supaya kita tidak tersiksa seperti tenggelam didalam peluh sendiri.SAMA-SAMA BERINGAT

No comments:

Post a Comment