Wednesday, September 16, 2009

SAYU HATI DI AKHIR RAMADHAN








...tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan Bulan kemuliaan, bulan keberkatan, bulan maghfirah Ramadhan ini. Satu persoalan yang perlu sangat-sangat diambil berat oleh kita umat Islam...Adakah kita merasa gembira yang tidak terkira dengan berakhirnya Ramadhan..Yahooo...ATAU kita merasa sedih dan sayu dengan berlalunya Ramadhan ini..kerana kita tidak akan mendapat lagi kelebihan-kelebihan seperti bulan ini sehinggalah kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Mudah-mudahan kita akan menjadi ummah yang merasa sayu dan sedih dengan perginya
Ramadhan ini. Sabda Nabi S.A.W: Maksudnya: "Jika sekiranya kamu tahu akan kelebihan Bulan Ramadhan nescaya kamu mahu kalau boleh setahun penuh itu Ramadhan".






Marilah kita bersama-sama meneruskan amalan yang telah kita lakukan pada Bulan Ramadhan yang lalu yang mana Bulan Ramadhan menjadi pusat latihan untuk terus beramal pada bulan-bulan yang lain...jangan hanya dibulan Ramdhan bukan main lagi pulunnya..lepas Ramadhan habuk pun tak mandang..


- Puasa wajib Ramadhan diteruskan dengan puasa sunat di bulan lain
- Bertadarus Al-Quran dan khatam diteruskan dengan membaca , mencari makna Al-Quran dan
memahami serta mengamalkan
- Bersedekah untuk more boleh diteruskan dengan bersedekah dan berderma
- Solat Tarawih boleh diteruskan dengan solat-solat Sunat yang lain seperti Qabliah, Bak'diah,
hajat dan sebagainya
- Qiyamullail boleh diteruskan dengan melaksanakannya (kalau Bulan Ramadhan setiap malam)
bulan lain boleh seminggu dua kali atau sekali...Insha Allah
- Mendengar tazkirah Ramadhan boleh diteruskan dengan hadir majlis ilmu atau kuliah
- Solat tarawih berjamaah di masjid boleh diteruskan hadir ke masjid untuk solat fardu
berjemaah
- Kebiasaan Makan sahur yang memungkinkan kita solat subuh berjemaah boleh diteruskan
untuk bangun awal bagi menunaikan solat subuh berjemaah

Beringatlah kita, jangan jadikan Ramadhan yang mulia ini bulan adat semata-mata...sebaliknya memahami bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ibadat yang akan menghasilkan insan yang benar-benar bertaqwa yang Insha Allah nya akan mendapat kebaikan dunia akhirat..

No comments:

Post a Comment