Friday, April 1, 2011

TIGA GOLONGAN MANUSIA DALAM BERINFAQ

Amalan menginfaqkan harta bagi jalan Allah merupakan satu amalan yang amat terpuji di sisi Allah SWT. Sesungguhnya para sahabat R.A sangat bersemangat untuk menginfaqkan harta mereka sebanyak-banyaknya. Di antaranya Abu Bakar As-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain. Abu Bakar As-Siddiq contohnya menginfaqkan semua hartanya, kerja keras dan waktunya demi kejayaan Islam. Persoalannya mampukah kita melakukan seperti para Sahabat R.A. tadi.

Seandainya kita tidak mampu melaksanakan seperti para sahabat, mungkin kita boleh keluarkan untuk infaq ini sedikit dari harta kita, yang pentingnya ada harta kita itu kita sumbangkan untuk kebaikan orang lain, untuk agama Allah dan lain-lain kebaikan. Yang pentingnya semua infaq itu liLLah.

Ada tiga golongan Manusia dalam Berinfaq :

      1- Orang yang berinfaq kerana riyak ( ingin dilihat dan menunjuk kepada orang) dan sum'ah ( ingin didengar bahawa ia seorang dermawan ), maka diakhirat kelak dia tidak akan mendapat pahala dan keuntungan, bahkan dia termasuk orang yang pertama dimasukkan kedalam neraka ..Nauzubillah..

      2- Orang berinfaq kerana malu, maka dia akan memperolehi ganjaran dan pahala ..sikap ini menjadi kebiasaan kebanyakan orang 

      3- Orang yang berinfaq kerana sebuah misi, kerana niat dan keikhlasan, maka golongan ini adalah golongan yang akan memperolehi pahala dan yang betul-betul menjadi hamba Allah.

Jangan lupa dalam rezeki yang Allah SWT anugerahkan kepada kita ada sebahagiannya yang perlu kita infaqkan ..Insha Allah.. SAMA-SAMA KITA BERINFAQ

No comments:

Post a Comment