Sunday, August 30, 2009

Tazkirah Ramadhan (Ciri-ciri Orang Beriman)









- Tazkirah ( peringatan )
Firman Allah S.W.T : ( Surah Al-A’laa ( 9-11)


9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia Dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
10. Kerana orang Yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
11. Dan (sebaliknya) orang Yang sangat celaka akan menjauhinya,
12. Dia lah orang Yang akan menderita bakaran neraka Yang amat besar (azab seksanya),

Firman Allah S.W.T : (Al-Baqarah : 183)

183. "Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."


Intisari Ayat
- Wahai orang-orang Yang beriman - Siapa orang yang beriman ?


- Bagaimana mengenal orang yang beriman ?
- Ciri-ciri orang yang beriman :

Contoh Pertama.( Surah Al-Anfaal :2-4)

Ayat 2-" Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah ( bertawakkal)."
Ayat 3- Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka.
Ayat 4- Merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka akan mendapat pangkat-pangkat Yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia Yang mulia (di Syurga).


Contoh Kedua ( Surah As-Sajdah :15-16)

Ayat 15. Sesungguhnya Yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang Yang apabila diberi peringatan dan pengajaran Dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah Dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

Ayat 16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.

Contoh ketiga( Surah Al-Mukminun: 1-11)

Ayat 1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
Ayat 2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
Ayat 3. Dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang
sia-sia;
Ayat 4. Dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan
zakat harta itu);
Ayat 5. Dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
Ayat 6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak
tercela: -
Ayat 7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-
orang Yang melampaui batas;
Ayat 8. Dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
10. Mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi syurga
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Inilah antara ciri-ciri orang yang beriman. Masih banyaklagi ayat Al-Quran yang menggambarkan kepada kita ciri-ciri orang beriman yang disebutkan oleh Allah SWT. Adakah kita telah pun mempunyai sifat tersebut. Kalau sudah ada Alhamdulillah, teruskan memelihara ciri-ciri tersebut,...kalau belum bersegeralah..jangan terlewat..jangan lagut ..

No comments:

Post a Comment