Apa perasaan anda bila nak solat berjemaah..dah elok-elok ambik wudu', pakai baju elok-elok, alih-alih bila sampai ke masjid imam tiada nak mengepalai solat jemaah..Pernahkah anda mengalami suasana ini ?
Inilah yang pernah disebutkan oleh Hadis nabi Riwayat dari Imam Ibnu Majah : " Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa, mereka tidak dapat memulakan solat berjemaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi Imam".
Lama menanti berdiri tegak
mereka saling tolak menolak
tak kunjung tiba orang yang warak
nak jadi imam pada khalayak
Inilah fenomena akhir zaman . sama-samalah kite beringat. Dunia dah nak kiamat
ReplyDelete