1- Lakukan ziarah ikhlas kerana ALLah untuk menjalinkan silaturrahim
2- Ucaplah salam sebelum memasuki rumah. Jika setelah memberi 3 kali salam tetapi tiada jawapan maka
hendaklah kita beredar.
3- Jika menziarahi rumah seseorang, masuklah hanya setelah diberi keizinan.
4- Sekira menziarahi seseorang dahulukan dengan berjabat tangan.
5- Perkenalkan teman kita kepada tuan rumah jika kita membawa teman.
6- masuk dengan mendahului kaki kanan.
7- Tundukkan pandangan jika kita berada dirumah orang
8- Jangan melakukan perkara yang tidak disenangi oleh tuan rumah seperti mengintai-ngintai, menyelongkar
atau sebagainya.
9- Jauhi melakukan perkara haram seperti berjabat tangan dengan bukan muhram, mengumpat dan
sebagainya.
10- Berbuallah dengan tuan rumah tentang topik-topik yang sesuai tanpa menyentuh isu yang tidak
disenanginya.
No comments:
Post a Comment