Wednesday, October 7, 2009

Tuesday, October 6, 2009

SAMA-SAMA MENJAGA HATI DARI MATI




Hati..seketul daging yang kalau baik, baiklah seluruh jasadnya...jika rosak, rosaklah seluruhnya..Marilah sama-sama kite merawat hati, menjaga hati daripada mati..kerana hati yang mati SUKAR menerima kebaikan ajakan manusia mau pun dari Allah SWT.



Ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa hati seseorang itu rosak atau berpenyakit antaranya ialah :
  1. Nifaq.iaitu dakwaan beriman hanyalah suatu kepura-puraan semata-mata sedangkan disudut amalan, perjuangan dan cara hidup terus menerus ingkar terhadap ajaran Allah.
    1. Menentang perintah Allah dan ajaran Rasul. Satu lagi tanda hati berpenyakit ialah penentangan terhadap perintah Allah dan Rasul atau tidak rela dan tidak bersetuju dengan pelaksanaan perintah Allah . Bersikap anti terhadap seruan mengajak manusia supaya mentaati perintah Allah dan rasul serta mematuhi Undang-undang Allah. Kedegilan mereka ini dibayangkan oleh Al-Quran dalam Surah an-Nur ayat 48-50 :

“ dan apabila diajak mereka melaksanakan hukum Allah dan Rasul supaya hukum Allah itu mentadbir mereka ,tiba-tiba sebahagian dari mereka menolaknya. Tetapi jika ada sesuatu yang boleh menguntungkan mereka, mereka datang kepadanya (rasulullah) untuk mematuhi perintahnya. Apakah penolakan mereka terhadap perintah Allah dan Rasul disebabkan hati mereka berpenyakit atau kerana mereka ragu-ragu tentang kebenaran Allah dan Rasul atau kerana mereka takut Allah dan Rasulnya akan menzalimi mereka. Sebenarnya merekalah golongan yang zalim.

  1. Kecenderungan atau seronok untuk melakukan maksiat dan dosa. Hati yang berpenyakit sentiasa cenderung dan suka melakukan dosa dan maksiat .Dorongan hawa nafsu dan hasutan iblis syaitan begitu berpengaruh dihati sehingga ianya mencorakkan sikap dan budaya hidup mereka.
  2. Kengganan berjihad. Orang mukmin yang sejati sentiasa merasakan diri mereka terpanggil untuk berjihad menegakkan dan mempertahankan agama Islam yang hak dan menumpaskan kebatilan. Bagi mereka yang hatinya berpenyakit sentiasa berdolak dalik kerana mereka tidak bersedia dan tidak berani untuk menghadapi risikonya .Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 20:

“ Apabila diturunkan surah yang mengandungi perintah dan disebutkan didalamnya kewajipan berjihad, Engkau lihat orang-orang yang hatinya berpenyakit akan memandang kamu dengan pandangan yang menggerunkan sepertimana gerunnya orang yang sedang menghadapi mati.”

  1. Hati tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
  2. Tidak terasa mahu bertaubat walaupun banyaknya melakukan dosa.
  3. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
  4. Benci kepada orang-orang saleh atau orang yang melakukan kebaikan
  5. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat kepada agama
  6. Menerima rasuah, makan riba dan perkara haram serta seronok melakukannya
  7. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kalau hati rosak rawatlah...next

Monday, October 5, 2009

SAMA-SAMA MEMOHON HIDAYAH DARI ALLAH JANGAN MENOLAK HIDAYAH..





Sepatutnya sebagai orang Islam yang beriman, kita seharusnya selalu berdoa ke hadrat Allah untuk memohon hidayah dari Nya dan mengekalkan hidayah yang telah diperolehi...dan bukannya mintak dijauhkan dari hidayah ataupun menolak hidayah. Tetapi ada juga ghopenya manusia yang beria-ia bebenor menolak hidayah dan langsung tak ada usaha untuk mencapai dan menggapainya. Apa pasai tu deme tak nak hidayah tu...deme bukan tak nak hidayah..tapi ghopenya deme tak tahu amalan yang deme buat itu ghupe-ghupenya adalah perbuatan yang boleh dianggap menolak Hidayah Allah SWT..


Menurut Muhammad al-Mu'afa terdapat beberapa perbuatan yang kita kena tahu bahawa ianya sebenonya perbuatan yang dianggap menolak hidayah..

1. Berpaling daripada hukum Allah
2. Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah
3. Mengelakkan dari membelanjakan wang dan harta ke jalan Allah
4. Berpaling daripada tanda-tanda Kekuasaan Nya dan keesaanNya
5. Tidak suka berzikir menyebut nama Allah
6. Lalai daripada mengingati Allah dan hari akhirat...kemarukkan dunia je..
7. Tidak membaca al-Quran, tidak merenungi isi kandungannya jauh sekali beramal dengannya
8. Tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah
9. Terlalu mengikut hawa nafsu.
10. Mudah tergoda dan terpesona dengan hasutan syaitan
11. memekakkan telinga dan membutakan mata dari peringatan Allah

Muh le kome kita sama-sama memahami perbuatan ini dan jangan kita mengulanginya lagi andai kita pernah terlalai,...jangan terlalai lagi..usaha dengan keras dan kuat untuk mendapat hidayah Allah yang akan menjadi petunjuk buat hidup kita di dunia..

Wednesday, September 30, 2009

SAMA-SAMA BERSEDEKAH KITE..WEH





Kalau bulan Ramadhan yang lalu..kite tak kedekut nak bersedekah..sedekah sana sedekah sini..more sana more sini, sponsor sana sponsor sini, almaklumle nak dapat kelebihan Ramadhan... tapi...selepas Ramadhan sudah lupa bersedekah...anak yatim tidak lagi makan dihotel-hotel, dapat duit raya, baju baru, beg sekolah baru..teruskan amalan bersedekah yang pemurah dalam bulan Ramadhan yang lalu dalam bulan-bulan lain.

" Saidina Ali menyebutkan..ada seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata; ajarkanlah kepadaku suatu amalan yang membuatkan Allah SWT. dan makhluk mencintaiku, Allah SWT menambahkan hartaku, menyihatkan tubuh badanku, memanjangkan umurku dan membangkitkan aku di padang Mahsyar bersamamu..Nabi Muhammad SAW. menjawab: Kamu memohon enam perkara jadi kamu perlu melakukan enam perkara juga;

1. Apabila kamu mahu Allah mencintaimu takutlah kepadaNya dan bertakwalah
2. Apabila kamu mahu makhluk mencintaimu, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan
mengharap sesuatu dari apa yang mereka miliki
3. Apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatkanlah harta bendamu
4. Apabila kamu mahu menjadi sihat banyakkan SEDEKAH mu
5. Apabila kamu mahu panjang umur, jalinkanlah silaturrahim
6. Apabila kamu mahu bersamaku di Mahsyar panjangkanlah sujudmu pada Allah yang Maha
Esa dan Maha Perkasa.

SALAM IDULFITRI





Kehangatan Idul Fitri masih dirasai oleh kita semua dan seluruh umat Islam kerana ia merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada hamba-Nya yang dapat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan yang baru lalu dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Malahan galakan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ketika umat Islam masih bergembira menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat bahawa pemergian Ramadhan bukanlah bererti terhentinya proses dalam mendidik diri serta mengawal nafsu agar terus mengerjakan amal ibadah seperti berpuasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah, menghadiri solat berjamaah di masjid / surau dan sebagainya. Oleh itu, amat malang dan rugi bagi kita yang telah berjaya mendidik nafsu sepanjang tarbiah Ramadhan sekiranya kita kembali semula menjadi hamba kepada kehendak dan dorongan nafsu tersebut.

Kerana itu, jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang sentiasa menghidupkan suasana Syawal dengan perkara yang dikira ibadat di sisi Allah s.w.t dan bukannya dengan mencemari kesucian Syawal melalui amalan yang bercanggah dengan syarak. Bersesuaian hari raya sebagai hari kemenangan dalam mengekang nafsu sepanjang Ramadhan, maka janganlah kita kotorkan kembali diri kita dengan melakukan maksiat sehingga kita kembali menjadi kalah kepada hasutan nafsu dan syaitan. Kemenangan yang mesti dicapai ialah kejayaan dalam melahirkan diri kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa, bukannya sebagai manusia yang durhaka terhadap Allah s.w.t. Oleh itu, kita mesti teruskan segala proses tarbiah yang dilalui dan diterima sepanjang Ramadhan yang lalu pada bulan-bulan seterusnya. Begitu juga dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut hari raya janganlah kita lupa untuk merebut tawaran Allah s.w.t untuk sama-sama menunaikan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dimana kelebihannya seperti orang berpuasa sepanjang tahun dalam sabdanya yang berbunyi :

عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَ، عَنِ النَبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَتْ كَصِيَامِ الدَّهْرِ كُلِّهِ.

Maksudnya : “Daripada Abi Hurairah r.a., Dari Nabi s.a.w. katanya : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun ".

Wednesday, September 16, 2009

SAYU HATI DI AKHIR RAMADHAN








...tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan Bulan kemuliaan, bulan keberkatan, bulan maghfirah Ramadhan ini. Satu persoalan yang perlu sangat-sangat diambil berat oleh kita umat Islam...Adakah kita merasa gembira yang tidak terkira dengan berakhirnya Ramadhan..Yahooo...ATAU kita merasa sedih dan sayu dengan berlalunya Ramadhan ini..kerana kita tidak akan mendapat lagi kelebihan-kelebihan seperti bulan ini sehinggalah kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Mudah-mudahan kita akan menjadi ummah yang merasa sayu dan sedih dengan perginya
Ramadhan ini. Sabda Nabi S.A.W: Maksudnya: "Jika sekiranya kamu tahu akan kelebihan Bulan Ramadhan nescaya kamu mahu kalau boleh setahun penuh itu Ramadhan".






Marilah kita bersama-sama meneruskan amalan yang telah kita lakukan pada Bulan Ramadhan yang lalu yang mana Bulan Ramadhan menjadi pusat latihan untuk terus beramal pada bulan-bulan yang lain...jangan hanya dibulan Ramdhan bukan main lagi pulunnya..lepas Ramadhan habuk pun tak mandang..


- Puasa wajib Ramadhan diteruskan dengan puasa sunat di bulan lain
- Bertadarus Al-Quran dan khatam diteruskan dengan membaca , mencari makna Al-Quran dan
memahami serta mengamalkan
- Bersedekah untuk more boleh diteruskan dengan bersedekah dan berderma
- Solat Tarawih boleh diteruskan dengan solat-solat Sunat yang lain seperti Qabliah, Bak'diah,
hajat dan sebagainya
- Qiyamullail boleh diteruskan dengan melaksanakannya (kalau Bulan Ramadhan setiap malam)
bulan lain boleh seminggu dua kali atau sekali...Insha Allah
- Mendengar tazkirah Ramadhan boleh diteruskan dengan hadir majlis ilmu atau kuliah
- Solat tarawih berjamaah di masjid boleh diteruskan hadir ke masjid untuk solat fardu
berjemaah
- Kebiasaan Makan sahur yang memungkinkan kita solat subuh berjemaah boleh diteruskan
untuk bangun awal bagi menunaikan solat subuh berjemaah

Beringatlah kita, jangan jadikan Ramadhan yang mulia ini bulan adat semata-mata...sebaliknya memahami bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ibadat yang akan menghasilkan insan yang benar-benar bertaqwa yang Insha Allah nya akan mendapat kebaikan dunia akhirat..

Thursday, September 10, 2009

10 MALAM TERAKHIR..Sudah Bersedia Mencari Lailatul Qadar














Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah yang telah memberi peluang kepada kita untuk terus bersama di dalam Bulan Ramadhan yang berbaki 10 hari lagi...Syukur jua ke hadrat Allah yang terus memberikan kita kekuatan untuk melaksanakan amal ibadat dalam bulan mulia ini. T
inggal 10 hari lagi...sudah bersediakah kita untuk mendapatkan malam lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan itu.












Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia. Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira. Pada malam itu perikemanusiaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari zulumat/kegelapan kepada nur/cahaya petunjuk Allah.







Berikut adalah Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari mengenai Malam Lailatul Qadar.

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang mendirikan solat malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.







Beberapa orang Sahabat diperlihatkan malam lailatul Qadar didalam mimpi pada Tujuh Malam Terakhir. Lalu Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Aku lihat mimpi kamu kena pada Tujuh Malam Terakhir, maka sesiapa yang mencarinya, carilah pada Tujuh Malam Terakhir”.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Aku diperlihatkan Malam Lailatul Qadar kemudian aku lupa – atau dilupakan – maka carilah ia pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir. Sesungguhnya aku melihat aku sujud di dalam air dan tanah. Sesiapa yang telah beriktikaf bersama aku (di pertengahan Ramadan) maka datanglah semula (untuk beriktikaf di Akhir Ramadan)”. Para Sahabat ra berkata, “Lalu kami kembali (beriktikaf) dan kami melihat Qaza’ah di langit, datang awan dan turun hujan hingga basah bumbung Masjid yang diperbuat dari pelepah kurma. Solat pun didirikan dan aku melihat Rasulullah saw sujud di dalam air dan tanah, hingga aku lihat kesan tanah di dahinya”.

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”… dari Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada Malam Ke 24″.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw apabila masuk Sepuluh Malam Terakhir, Baginda saw mengikat ketat pakaiannya, menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan membangunkan isteri-isteri dan ahli keluarganya”.









Mengenai Iktikaf pula, saya perturunkan Hadis-hadis Sahih riwayat Al-Bukhari mengenainya di bawah ini :

Dari Abdullah bin Omar ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian selepas itu, isteri-isterinya pula beriktikaf”.

Rebutlah peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar dengan membanyakkkan amal dan ibadat.