salam..Semalam 20 hb Oktober 2009 bersamaan 1 Zulkaedah 1430 bermulalah keberangkatan jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah dan Madinah..Dikhabarkan penerbangan terakhir dari Malaysia pada 17 November 2009.
Seperti biasa rakyat Malaysia berbondong-bondong menunaikan Rukun Islam yang wajib atas semua muslim yang berkemampuan.
Jika hendak dikirakan pemergian mereka ke Tanah Suci tidak ada niat lain selain dari menyahut seruan Allah dan akan kembali dengan Haji Mabrur yang akan menyucikan mereka kembali seperti bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai dosa. Ibarat kain putih yang suci bersih.
Sepatutnya bila pulang ke tanahair selepas mendapat haji mabrur semua bakal haji ini akan bersama-sama dengan jemaah Islam menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini. Tidak lagi haji dan hajjah yang akan menentang perjuangan Islam. Tidak ada lagi haji dan hajjah yang berpendirian hukum Islam tidak sesuai, Hudud zalim, undang-undang Islam kolot tak boleh pakai dan sebagainya.
Begitu juga sewajibnya bila pulang dari Mekah tidak ada lagi haji dan hajjah yang bersama-sama berjuang dengan kumpulan yang tidak mahu kepada Islam, kumpulan yang meletakkan perjuangan berlandaskan pragmatik, bangsa dan nafsu.
Sepatutnya mereka semua tidak lagi berjuang dan menyokong kumpulan yang dipimpin oleh orang yang tidak menutup aurat, kumpulan yang menghalalkan maksiat dan mengharamkan kelas-kelas agama di masjid, merobohkan masjid dan sebagainya.
Sepatutnya mereka semua tidak lagi berjuang dan menyokong kumpulan yang dipimpin oleh orang yang tidak menutup aurat, kumpulan yang menghalalkan maksiat dan mengharamkan kelas-kelas agama di masjid, merobohkan masjid dan sebagainya.
Haji dan hajjah ini juga sepatutnya menentang kumpulan yang terus menegakkan sistem perundangan British, menggunapakai sistem ekonomi riba, menggalakkan program melalaikan dan sebagainya.
Didoakan semoga semua jemaah haji Malaysia selamat sampai dan dapat menunaikan ibadat haji dengan sempurna dalam keberkatan Allah diberikan sihat dan kemudahan sehingga selesai segala rukun, wajib dan sunat hajinya..Semoga mendapat hajjan mabruran, sa'yan masykuran, wazanban maghfuran, wa amalan makbulan wa tijaratan lan tabur dan kembali ke tanahair dengan semangat perjuangan Rasulullah S.A.W yang menentang kemungkaran dan menegakkan yang hak.
No comments:
Post a Comment