Tuesday, October 20, 2009

KELEBIHAN AL FATIHAH

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:


Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah Al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa Al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM

KITAB : SALAM

BAB : Harus Mengambil Bayaran Di Atas Jampi Yang Menggunakan Ayat ayat Al Quran

Dan Zikir Zikir

Friday, October 16, 2009

SAMA-SAMA INGAT TANGGUNGJAWAB


Kita semua telah ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah dalam kehidupan kita. Ada beberapa jenis kebertanggungjawaban yang ditaklifkan atas kita. Antaranya:

1- Tanggungjawab kepada Allah :
- Sebagai khalifah untuk menegakkan agama Allah dimukabumi
- menyampaikan dakwah ke arah kebaikan..bukan mengajak ke maksiat
- memelihara dan memakmurkan alam
- melaksanakan ibadat
- menjaga dan memperdulikan amanah Allah terhadap kita

2- Tanggungjawab Kepada diri sendiri:
- memelihara diri dari maksiat- jangan mencampakkan diri dalam kemusnahan
- Jangan melakukan dosa dengan berfikir sebelum buat sesuatu
- Bermuhasabah diri
- Banyakkan ibadat fardu dan sunat

3- Tanggungjawab kepada keluarga :
- Jaga keluarga dari maksiat
- memberi nafkah yang halal
- memberi didikan agama melebihi yang lain
- mengamalkan agama dalam keluarga (jil al-quran)

4- Tanggungjawab dalam masyarakat :
- Amr makruf nahi mungkar
- tunjukkan contoh terbaik
- kasih mengasihi tidak benci membenci
- bertolong-tolongan atas kebaikan

-

Tuesday, October 13, 2009

SAMA-SAMA KHUSYUK DALAM SOLAT..


lima perkara untuk dapat khusyuk dalam solat

1. AT-TAFAHHUM-memahamkan semua bacaan dalam solat dan menghayati maknanya.

2. AT-TAKZIM - merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada dihadapan Nya

3. AL-HAYBAH - menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah dengan demikian rasa
hebat terhadap Allah dapat dihasilkan

4. AR-RAJA'- mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat kita
diterima

5.AL-HAYA'- berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita
terhadap Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadapnya

Sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam solat kerana dibimbangi solat yang tidak khusyuk menyebabkan kita tak dapat pahala..

Friday, October 9, 2009

SAMA-SAMA MERAWAT HATI YANG SAKIT..



SALAM...Hati yang sakit perlukan rawatan..tak yah pegi spital cari ubat..ubat hati ini ada caranya..macam mana..macam inile..:

Di antara kaedah yang disebutkan oleh para ulama untuk merawat hati ini ialah :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedala-dalamnya
2. Membaca serta menyelidiki makna dan maksud ayat Al-Quran
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan membanyakkan amalan sunat
4. Khusyuk dalam solat
5. Membanyakkan zikir dan memohon keampunan kepada Allah
6. Melakukan ibadat ikhlas kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya
7. Sentiasa bermuhasabah diri
8. Memastikan sumber makanan dan minuman dan pakaian dari sumber yang halal.
9. Suka membantu anak yatim, fakir miskin dan mereka yang menderita kesusahan.
10. Menundukkan penglihatan dari melihat perkara yang haram.
11. Sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan dan bersabar di atas segala ujian Allah.
12. Suka bersahabat dengan orang-orang yang salih, orang yang berilmu yang boleh dijadikan teladan

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjaga hati kita agar ianya tidak tercemar dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan hati kita, kerana jika hati sudah rosak , akan memberi kesan terhadap pengamalan dalam kehidupan yang pastinya akan membawa kerosakan kepada dirinya sendiri , masyarakat, agama dan Negara.

Wednesday, October 7, 2009

Tuesday, October 6, 2009

SAMA-SAMA MENJAGA HATI DARI MATI




Hati..seketul daging yang kalau baik, baiklah seluruh jasadnya...jika rosak, rosaklah seluruhnya..Marilah sama-sama kite merawat hati, menjaga hati daripada mati..kerana hati yang mati SUKAR menerima kebaikan ajakan manusia mau pun dari Allah SWT.



Ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa hati seseorang itu rosak atau berpenyakit antaranya ialah :
  1. Nifaq.iaitu dakwaan beriman hanyalah suatu kepura-puraan semata-mata sedangkan disudut amalan, perjuangan dan cara hidup terus menerus ingkar terhadap ajaran Allah.
    1. Menentang perintah Allah dan ajaran Rasul. Satu lagi tanda hati berpenyakit ialah penentangan terhadap perintah Allah dan Rasul atau tidak rela dan tidak bersetuju dengan pelaksanaan perintah Allah . Bersikap anti terhadap seruan mengajak manusia supaya mentaati perintah Allah dan rasul serta mematuhi Undang-undang Allah. Kedegilan mereka ini dibayangkan oleh Al-Quran dalam Surah an-Nur ayat 48-50 :

“ dan apabila diajak mereka melaksanakan hukum Allah dan Rasul supaya hukum Allah itu mentadbir mereka ,tiba-tiba sebahagian dari mereka menolaknya. Tetapi jika ada sesuatu yang boleh menguntungkan mereka, mereka datang kepadanya (rasulullah) untuk mematuhi perintahnya. Apakah penolakan mereka terhadap perintah Allah dan Rasul disebabkan hati mereka berpenyakit atau kerana mereka ragu-ragu tentang kebenaran Allah dan Rasul atau kerana mereka takut Allah dan Rasulnya akan menzalimi mereka. Sebenarnya merekalah golongan yang zalim.

  1. Kecenderungan atau seronok untuk melakukan maksiat dan dosa. Hati yang berpenyakit sentiasa cenderung dan suka melakukan dosa dan maksiat .Dorongan hawa nafsu dan hasutan iblis syaitan begitu berpengaruh dihati sehingga ianya mencorakkan sikap dan budaya hidup mereka.
  2. Kengganan berjihad. Orang mukmin yang sejati sentiasa merasakan diri mereka terpanggil untuk berjihad menegakkan dan mempertahankan agama Islam yang hak dan menumpaskan kebatilan. Bagi mereka yang hatinya berpenyakit sentiasa berdolak dalik kerana mereka tidak bersedia dan tidak berani untuk menghadapi risikonya .Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 20:

“ Apabila diturunkan surah yang mengandungi perintah dan disebutkan didalamnya kewajipan berjihad, Engkau lihat orang-orang yang hatinya berpenyakit akan memandang kamu dengan pandangan yang menggerunkan sepertimana gerunnya orang yang sedang menghadapi mati.”

  1. Hati tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
  2. Tidak terasa mahu bertaubat walaupun banyaknya melakukan dosa.
  3. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
  4. Benci kepada orang-orang saleh atau orang yang melakukan kebaikan
  5. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat kepada agama
  6. Menerima rasuah, makan riba dan perkara haram serta seronok melakukannya
  7. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kalau hati rosak rawatlah...next

Monday, October 5, 2009

SAMA-SAMA MEMOHON HIDAYAH DARI ALLAH JANGAN MENOLAK HIDAYAH..





Sepatutnya sebagai orang Islam yang beriman, kita seharusnya selalu berdoa ke hadrat Allah untuk memohon hidayah dari Nya dan mengekalkan hidayah yang telah diperolehi...dan bukannya mintak dijauhkan dari hidayah ataupun menolak hidayah. Tetapi ada juga ghopenya manusia yang beria-ia bebenor menolak hidayah dan langsung tak ada usaha untuk mencapai dan menggapainya. Apa pasai tu deme tak nak hidayah tu...deme bukan tak nak hidayah..tapi ghopenya deme tak tahu amalan yang deme buat itu ghupe-ghupenya adalah perbuatan yang boleh dianggap menolak Hidayah Allah SWT..


Menurut Muhammad al-Mu'afa terdapat beberapa perbuatan yang kita kena tahu bahawa ianya sebenonya perbuatan yang dianggap menolak hidayah..

1. Berpaling daripada hukum Allah
2. Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah
3. Mengelakkan dari membelanjakan wang dan harta ke jalan Allah
4. Berpaling daripada tanda-tanda Kekuasaan Nya dan keesaanNya
5. Tidak suka berzikir menyebut nama Allah
6. Lalai daripada mengingati Allah dan hari akhirat...kemarukkan dunia je..
7. Tidak membaca al-Quran, tidak merenungi isi kandungannya jauh sekali beramal dengannya
8. Tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah
9. Terlalu mengikut hawa nafsu.
10. Mudah tergoda dan terpesona dengan hasutan syaitan
11. memekakkan telinga dan membutakan mata dari peringatan Allah

Muh le kome kita sama-sama memahami perbuatan ini dan jangan kita mengulanginya lagi andai kita pernah terlalai,...jangan terlalai lagi..usaha dengan keras dan kuat untuk mendapat hidayah Allah yang akan menjadi petunjuk buat hidup kita di dunia..