Friday, October 30, 2009

MASJID CANTIK..SAMA-SAMA BERJEMAAH




Di antara tanda-tanda qiamat,umat Islam berbangga  dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan cantiknya bangunan masjid. Perhatian lebih kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan amalan solat berjemaah. Banyak masjid cantik, indah, besar, hiasan dalaman diimpot dari luar negara..tetapi yang hadir ke masjid adale dua kerat je.


Hari Jumaat ramai yang datang berjemaah solat Jumaat, duit kutipan Jumaat pun banyak, dengan bangganya AJK masjid mengumumkan duit kita sekian banyak...tapi tak buat program apa pun kat masjid..Yang ada hanya ceramah sempena Hari Kebesaran Islam sahaja..program lain seperti kuliah pengajian, forum,qiamullail dan lain-lain tidak dilaksanakan yang menyebabkan insan lain tidak tertarik untuk hadir ke masjid..


Kita semua harus sedar dan menggembleng tenaga untuk melaksanakan program pengimarahan masjid ini. Kepada AJK masjid sedarlah akan tanggungjawab kita untuk mengimarahkan masjid ini.

Ada pula AJK  yang lebih suka kalau tak ada pengajian..dan kalau dah ada pengajian pun, check balik ustaz atau guru yang mengajar tu orang mana..belah kita ke atau belah yang satu lagi..kalau belah kita ok..kalau belah satu lagi..singkirkan..apale jenis AJK macam ni..dia ingat tak kena berjawab ke dengan Allah SWT nanti..

Semua AJK  berpakat untuk meramaikan jemaah, buat program..jadual kuliah bulanan di tampal dimana-mana tempat tumpuan ramai, buat flyer dan masukkan dalam  peti surat dirumah-rumah dalam qariah kita..INsha ALLAH akan ada manfaat..

Masjid mereka tersergam indah
Bagai istana yang sangat indah
Jadi tumpuan touris berkelah
Tiada malu aurat terdedah

Ketika azan nyaring diseru
Dari menara bilal tersedu-sedu
Hanya sedikit datang bertumpu
Yang lebih ramainya diam terpaku


SAMA-SAMA LAH KITA KEMASJID BERJEMAAH

Thursday, October 29, 2009

PENYAKIT UMAT TERDAHULU


Allah SWT  mengazab umat-umat terdahulu atas kederhakaan mereka kepad Perintah Allah SWT. Umat-umat terdahulu diazab oleh Allah SWT kerana mereka mempunyai penyakit. Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita agar kita berwaspada daripada terpengaruh atau terjangkit penyakit mereka ini yang mana akan menyebabkan Allah SWT murka kepada kita..Kemurkaan Allah SWT kepada kita menyebabkan kita dibenci Allah dan diazab olehNya dan tidak mendapat rahmat darinya..


Antara penyakit umat-umat terdahulu yang disebutkan oleh Hadis Nabi :


1- Terlalu banyak seronok


2- Terlalu bermewah-mewah


3- Tipu menipu dalam merebut harta dunia


4- Saling memarahi antara satu sama lain


5- Menghimpun harta dunia sebanyak-banyaknya tanpa mengirakan halal haram


6- Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi


Sama-sama lah kita beringat dan berdoa agar dijauhkan Allah kita dari penyakit-penyakit tersebut.

Friday, October 23, 2009

BAJET 2010...ADA HARAPAN BESAR..

















Semua sedia maklum 23 Oktober 2009..bajet 2010 akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato'Seri Najib..moga-moga ada sinar dan harapan baru untuk rakyat Malaysia. Semua tertunggu-tunggu apa specialnya bajet kali ini..Kalau tak silap ini adalah bajet kali pertama setelah Dato'Seri Najib menjadi PM.


Rakyat amat berharap agar bajet kali ini bisa menyenangkan hidup rakyat marhaen terutama golongan yang berpendapatan rendah..Bagi yang berniaga mungkin mengharapkan Cukai diturunkan..agar perniagaan dapat diteruskan dengan jayanya dan untung boleh dikaut dengan baik.Dalam rancngan Pra Bajet Diluar Lingkungandi tv1  hari tu, Panelis ada menyebutkan tentang defisit ekonomi tahun 2009 negara kita makin menguncup..perlu diberi perhatian hal ini agar pada tahun 2010 defisit dapat diperbaiki dan tidak terus menguncup yang kesannya nanti sudah tentu menimpa kepala rakyat.



Kakitangan awam pula sudah tentu mengharapkan akan ada bonus..sebagaimana diajukan permohonan oleh CUEPACS bonus dua bulan..dapat sebulan pun Alhamdulillah.



Semoga pihak kerajaan mempertimbangkan hasrat rakyat untuk beroleh kebaikan dari bajet yang akan dibentangkan..bersesuaian dengan slogan Rakyat didahulukan..Saranan bijak pandai cendekiawan,ilmuan dan agamawan amat perlu dalam kita memantapkan tahap ekonomi kita..sesuai dengan tuntutan agama yang menghendaki kita berekonomi dengan mengikut syariat Islam dan menjauhkan dari menjalankan ekonomi terlarang oleh Syariat.Barulah rezeki yang diperolehi penuh barakah.




SAMA-SAMA KITA BERDOA kepada Allah SWT ekonomi kita sentiasa berada dalam keadaan baik dan akan memberikan kebaikan juga kepada rakyat marhaen.

Thursday, October 22, 2009

'DAJJAL-RASUL MELAYU' DIHUKUM
















Semalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah menjatuhkan hukuman kepada Dajjal 'Rasul Melayu' (Abdul Kahar Ahmad) penjara 10 tahun, enam sebatan dan denda RM16,500. Hukuman ini tidak seberat mana, jika dibandingkan dengan dosa yang telah dilakukan..Kalau mengikut Hukum Islam sudah tentu tipis harapan hidup bagi 'Rasul' ini kalau tidak mahu bertaubat. Berdasarkan hadis nabi pernah disebutkan bahawa mereka yang mangaku Rasul ini termasuk dalam golongan Dajjal sebelum datangnya Dajjal pada hari kiamat nanti.

APABILA SEJADAH PUN SOLAT...KITA ?







Salam..semenjak dua menjak ni kita dengar dan dah lihat pun di tv, sejadah pun menunaikan solat..dulu sejadah solat sendiri-sendiri..la ni dah solat berjemaah pun..


Apa agaknya iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini..Sepatutnya sebagai orang Islam yang mengaku beriman kita harus sedar dan insaf dengan perkara ini..sedar dan insaf bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan jika Allah SWT menghendaki sesuatu Allah boleh melakukannya.

Wednesday, October 21, 2009

Tuesday, October 20, 2009

KELEBIHAN AL FATIHAH

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:


Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah Al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa Al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM

KITAB : SALAM

BAB : Harus Mengambil Bayaran Di Atas Jampi Yang Menggunakan Ayat ayat Al Quran

Dan Zikir Zikir

Friday, October 16, 2009

SAMA-SAMA INGAT TANGGUNGJAWAB


Kita semua telah ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah dalam kehidupan kita. Ada beberapa jenis kebertanggungjawaban yang ditaklifkan atas kita. Antaranya:

1- Tanggungjawab kepada Allah :
- Sebagai khalifah untuk menegakkan agama Allah dimukabumi
- menyampaikan dakwah ke arah kebaikan..bukan mengajak ke maksiat
- memelihara dan memakmurkan alam
- melaksanakan ibadat
- menjaga dan memperdulikan amanah Allah terhadap kita

2- Tanggungjawab Kepada diri sendiri:
- memelihara diri dari maksiat- jangan mencampakkan diri dalam kemusnahan
- Jangan melakukan dosa dengan berfikir sebelum buat sesuatu
- Bermuhasabah diri
- Banyakkan ibadat fardu dan sunat

3- Tanggungjawab kepada keluarga :
- Jaga keluarga dari maksiat
- memberi nafkah yang halal
- memberi didikan agama melebihi yang lain
- mengamalkan agama dalam keluarga (jil al-quran)

4- Tanggungjawab dalam masyarakat :
- Amr makruf nahi mungkar
- tunjukkan contoh terbaik
- kasih mengasihi tidak benci membenci
- bertolong-tolongan atas kebaikan

-

Tuesday, October 13, 2009

SAMA-SAMA KHUSYUK DALAM SOLAT..


lima perkara untuk dapat khusyuk dalam solat

1. AT-TAFAHHUM-memahamkan semua bacaan dalam solat dan menghayati maknanya.

2. AT-TAKZIM - merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada dihadapan Nya

3. AL-HAYBAH - menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah dengan demikian rasa
hebat terhadap Allah dapat dihasilkan

4. AR-RAJA'- mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat kita
diterima

5.AL-HAYA'- berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita
terhadap Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadapnya

Sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam solat kerana dibimbangi solat yang tidak khusyuk menyebabkan kita tak dapat pahala..

Friday, October 9, 2009

SAMA-SAMA MERAWAT HATI YANG SAKIT..



SALAM...Hati yang sakit perlukan rawatan..tak yah pegi spital cari ubat..ubat hati ini ada caranya..macam mana..macam inile..:

Di antara kaedah yang disebutkan oleh para ulama untuk merawat hati ini ialah :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedala-dalamnya
2. Membaca serta menyelidiki makna dan maksud ayat Al-Quran
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan membanyakkan amalan sunat
4. Khusyuk dalam solat
5. Membanyakkan zikir dan memohon keampunan kepada Allah
6. Melakukan ibadat ikhlas kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya
7. Sentiasa bermuhasabah diri
8. Memastikan sumber makanan dan minuman dan pakaian dari sumber yang halal.
9. Suka membantu anak yatim, fakir miskin dan mereka yang menderita kesusahan.
10. Menundukkan penglihatan dari melihat perkara yang haram.
11. Sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan dan bersabar di atas segala ujian Allah.
12. Suka bersahabat dengan orang-orang yang salih, orang yang berilmu yang boleh dijadikan teladan

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjaga hati kita agar ianya tidak tercemar dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan hati kita, kerana jika hati sudah rosak , akan memberi kesan terhadap pengamalan dalam kehidupan yang pastinya akan membawa kerosakan kepada dirinya sendiri , masyarakat, agama dan Negara.

Wednesday, October 7, 2009

Tuesday, October 6, 2009

SAMA-SAMA MENJAGA HATI DARI MATI




Hati..seketul daging yang kalau baik, baiklah seluruh jasadnya...jika rosak, rosaklah seluruhnya..Marilah sama-sama kite merawat hati, menjaga hati daripada mati..kerana hati yang mati SUKAR menerima kebaikan ajakan manusia mau pun dari Allah SWT.



Ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa hati seseorang itu rosak atau berpenyakit antaranya ialah :
  1. Nifaq.iaitu dakwaan beriman hanyalah suatu kepura-puraan semata-mata sedangkan disudut amalan, perjuangan dan cara hidup terus menerus ingkar terhadap ajaran Allah.
    1. Menentang perintah Allah dan ajaran Rasul. Satu lagi tanda hati berpenyakit ialah penentangan terhadap perintah Allah dan Rasul atau tidak rela dan tidak bersetuju dengan pelaksanaan perintah Allah . Bersikap anti terhadap seruan mengajak manusia supaya mentaati perintah Allah dan rasul serta mematuhi Undang-undang Allah. Kedegilan mereka ini dibayangkan oleh Al-Quran dalam Surah an-Nur ayat 48-50 :

“ dan apabila diajak mereka melaksanakan hukum Allah dan Rasul supaya hukum Allah itu mentadbir mereka ,tiba-tiba sebahagian dari mereka menolaknya. Tetapi jika ada sesuatu yang boleh menguntungkan mereka, mereka datang kepadanya (rasulullah) untuk mematuhi perintahnya. Apakah penolakan mereka terhadap perintah Allah dan Rasul disebabkan hati mereka berpenyakit atau kerana mereka ragu-ragu tentang kebenaran Allah dan Rasul atau kerana mereka takut Allah dan Rasulnya akan menzalimi mereka. Sebenarnya merekalah golongan yang zalim.

  1. Kecenderungan atau seronok untuk melakukan maksiat dan dosa. Hati yang berpenyakit sentiasa cenderung dan suka melakukan dosa dan maksiat .Dorongan hawa nafsu dan hasutan iblis syaitan begitu berpengaruh dihati sehingga ianya mencorakkan sikap dan budaya hidup mereka.
  2. Kengganan berjihad. Orang mukmin yang sejati sentiasa merasakan diri mereka terpanggil untuk berjihad menegakkan dan mempertahankan agama Islam yang hak dan menumpaskan kebatilan. Bagi mereka yang hatinya berpenyakit sentiasa berdolak dalik kerana mereka tidak bersedia dan tidak berani untuk menghadapi risikonya .Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 20:

“ Apabila diturunkan surah yang mengandungi perintah dan disebutkan didalamnya kewajipan berjihad, Engkau lihat orang-orang yang hatinya berpenyakit akan memandang kamu dengan pandangan yang menggerunkan sepertimana gerunnya orang yang sedang menghadapi mati.”

  1. Hati tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
  2. Tidak terasa mahu bertaubat walaupun banyaknya melakukan dosa.
  3. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
  4. Benci kepada orang-orang saleh atau orang yang melakukan kebaikan
  5. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat kepada agama
  6. Menerima rasuah, makan riba dan perkara haram serta seronok melakukannya
  7. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kalau hati rosak rawatlah...next

Monday, October 5, 2009

SAMA-SAMA MEMOHON HIDAYAH DARI ALLAH JANGAN MENOLAK HIDAYAH..





Sepatutnya sebagai orang Islam yang beriman, kita seharusnya selalu berdoa ke hadrat Allah untuk memohon hidayah dari Nya dan mengekalkan hidayah yang telah diperolehi...dan bukannya mintak dijauhkan dari hidayah ataupun menolak hidayah. Tetapi ada juga ghopenya manusia yang beria-ia bebenor menolak hidayah dan langsung tak ada usaha untuk mencapai dan menggapainya. Apa pasai tu deme tak nak hidayah tu...deme bukan tak nak hidayah..tapi ghopenya deme tak tahu amalan yang deme buat itu ghupe-ghupenya adalah perbuatan yang boleh dianggap menolak Hidayah Allah SWT..


Menurut Muhammad al-Mu'afa terdapat beberapa perbuatan yang kita kena tahu bahawa ianya sebenonya perbuatan yang dianggap menolak hidayah..

1. Berpaling daripada hukum Allah
2. Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah
3. Mengelakkan dari membelanjakan wang dan harta ke jalan Allah
4. Berpaling daripada tanda-tanda Kekuasaan Nya dan keesaanNya
5. Tidak suka berzikir menyebut nama Allah
6. Lalai daripada mengingati Allah dan hari akhirat...kemarukkan dunia je..
7. Tidak membaca al-Quran, tidak merenungi isi kandungannya jauh sekali beramal dengannya
8. Tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah
9. Terlalu mengikut hawa nafsu.
10. Mudah tergoda dan terpesona dengan hasutan syaitan
11. memekakkan telinga dan membutakan mata dari peringatan Allah

Muh le kome kita sama-sama memahami perbuatan ini dan jangan kita mengulanginya lagi andai kita pernah terlalai,...jangan terlalai lagi..usaha dengan keras dan kuat untuk mendapat hidayah Allah yang akan menjadi petunjuk buat hidup kita di dunia..